Merentasi teknologi,menghijaukan alam sekitar hargai,cintai,sayangi alam ini...THE GREEN EARTH
Jumaat, 22 Julai 2011
Menjelajahi revolusi sejarah matematik
Antara ilmu sains dalam tamadun Islam yang berkembang maju dan memberi sumbangan yang besar terhadap Sains dunia ialah bidang Matematik. Bidang ini merangkumi sistem angka,ilmu trigonometri dalam al-Jabar. Antara tokoh-tokoh dalam bidang ini ialah Al-Khawarizmi,yang juga di anggap sebagai Bapa al-Jabar. Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan judul ' De Numero Indornm' .Antara karya beliau yang terkenal ialah al-Jami' Wa al-Tafiq bi Hisab al-Hind al-Makhtasar al-Jabar Wa al-Muqabalah. Sumbangan beliau dalam bidang Geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat selari dan bulatan.
Selain itu, Thabit ibn Qurrah yang berasal dari Harran,Mesopotamia dianggap sebagai ahli Geometri agung pada zaman pemerintahan al-Mu'tamid.Beliau berjaya menyelesaikan persamaan kuasa tiga secara kaedah Geometri.
Al-Batani,pula antara tokoh yang terkenal dalam bidang Trigonometri.Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Batani dilahirkan di Batan. Di Barat lebih dikenali sebagai Albategannius.Beliau telah memperkenalkan teori tangen,kotangen,sinus dan kosinus serta menghasilkan sifar kotangen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan