Merentasi teknologi,menghijaukan alam sekitar hargai,cintai,sayangi alam ini...THE GREEN EARTH
Jumaat, 22 Julai 2011
Sains & Teknologi Dalam Islam
Sains ialah klasifikasi ilmu Islam tradisoanal,bersamaan dengan 'sains tabie'.Sains adalah konsep ilmu atau bererti literal sebagai ilmu. Sebagai contoh dalam 'Rasail Ikhwan al-Safa' di bahagikan kepada tiga bahagian, sains propaedeutik,sains syariah dan sains falsafah. Manakala, contoh sains propaedeutik adalah termasuk ilmu membaca,menulis,ilmu pengetahuan,timbangan,pertanian biografi dan sejarah. Sains falsafah pula lebih dikenali dengan matematik propaedeutik,sains & matematik tabie yang termasuk dengan 'Arithmatik,Geometri,Astronomi,Muzik, Fizik,Meteorelogi,Zoologi ,Botani dan lain-lain'. Akhir sekali ,sains syariah melingkupi dari aspek tajwid,hadith,syariah dan tafsir.
Manakala dari kaca mata Islam, sains adalah ilmu yang saling melengkapi atau merujuk kepada kalimah tauhid ,dan ianya terbahagi kepada dua bahagian. Ilmu tanzil dan ilmu yang diperoleh oleh manusia. Ilmu tazil ialah ilmu yang diberi khusus kepada para Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia dan ilmu pengalaman yang lebih merujuk kepada alam hakiki dan manusia.Sehubungan dengan itu, ilmu yang diperoleh oleh manusia pula adalah melalui hasil penyelidikan ,pemerhatian dan pengkajian manusia.
Dari aspek sains moden pula, dapat diertikan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang mengkaji himpunan yang terbukti. Sains moden terbahagi kepada tiga bahagian utama,iaitu sains gunaan (membicarakan tentang alam semesta),sains tabie (ilmu bagaimana manusia boleh memanfaatkan atau mengeksploitasi kejadian alam untuk kepentingan manusia sendiri dan sains sosial (ilmu kaedah manusia menguruskan hidupnya.
Teknologi pula dapat didefinisikan sebagai ilmu yang bersifat praktikal atau menurut Islam ianya lebih dikenali sebagai 'sina'ah' yang bererti gunaan. Teknologi berasal dari dua perkataan daripada Yunani,tehne yang bermaksud seni kraf tangan dan logos iaitu kata-kata sistematis.
Kesimpulannya ,sains dan teknologi ini amat memerlukan untuk menghasilkan atau pengurusan dalam kehidupan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan